Pengecualian |
Risiko yang tidak dilindungi polisi anda. |
Nilai tunai/serahan |
Apabila polisi anda telah berkuat kuasa selama minimum 3 tahun, ia memperolehi nilai tunai (atau nilai serahan). Ini ialah amaun tunai yang akan dibayar oleh syarikat insurans apabila anda membatalkan polisi anda. Walau bagaimanapun, anda akan rugi jika menyerahkan polisi sebelum ia matang. |
Tempoh Tangguh |
Jika anda lambat menjelaskan premium bulanan anda, tempoh tangguh selama 15 hari akan diberi untuk anda melunaskan bayaran anda. Untuk bayaran secara tahunan atau setengah tahunan, tempoh tangguh anda ialah 30 hari. Jika bayaran masih tidak dijelaskan di dalam tempoh tangguh, polisi anda mungkin luput atau tertakluk kepada polisi berbayar terkurang atau pinjaman premium automatik. |
Pinjaman Premium Automatik |
Sesetengah syarikat insurans akan secara automatik memberikan pinjaman pembayaran premium untuk anda jika anda tidak menjelaskan premium anda di dalam tempoh tangguh dengan syarat polisi anda mempunyai nilai tunai yang mencukupi. Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan faedah ke atas amaun pinjaman premium yang tertunggak. |
Tidak Boleh Tanding |
Syarikat insurans tidak boleh mempertikai kesahihan polisi yang telah berkuat kuasa selama dua tahun. Sekiranya syarikat insurans anda enggan membayar tuntutan anda, syarikat insurans itu mestilah membuktikan anda memperoleh polisi tersebut melalui penipuan. |
Pengembalian Semula |
Polisi insurans yang telah luput boleh dihidupkan atau dikembalikan semula di dalam tempoh masa tertentu mengikut syarat-syarat tertentu. |
Terma dan Syarat |
Perkara-perkara di bawah terma dan syarat ini merupakan hak dan tanggungjawab anda dan syarikat insurans anda. |
Source from http://www.insuranceinfo.com.my/
No comments:
Post a Comment